CARA PENJAGAAN
Kebanyakan dari kita mengelak dari membeli kain batik especially batik sutera kerana memerlukan penjagaan yang agak cerewet dalam mengekalkan kecantikan corak dan warna kain batik. Jangan risau, jangan bimbang, saya akan berkongsi tips mudah dari pengalaman saya dalam penjagaan kain batik. Cuba anda bayangkan, 90% daripada baju kurung saya adalah dari kain batik samada dari jenis sutera, cotton dan lain-lain. So nak tak nak, saya kena tahu cara-cara yang agak mudah dan praktikal dalam penjagaan batik, especially batik sutera.
Tips biasa yang kita dengar dalam penjagaan batik sutera:
1) Ketika membasuh
- Basuh dengan tangan batik sutera secara terbalik, elak daripada basuh menggunakan mesin basuh
- Elak daripada merendam batik sutera
- Elak daripada menggunakan serbuk pencuci yang kuat kerana ia melunturkan warna, sebaliknya guna pencuci khas untuk sutera
- Elak daripada menggunakan peluntur kerana ia akan merosakkan warna dan mereputkan kain sutera batik
- Elak dari menggunakan pelembut kain kerana ia akan mengembangkan benang sutera dan membuatkan kain sutera mudah memeri
- Elak daripada memerah dengan kuat batik sutera bagi mengelak kain berkedut teruk dan ia juga akan merosakkan urat benang sutera.
- Elak menggosok menggunakan berus, hanya menggunakan tangan sudah memadai.
2) Ketika menjemur
- Jemur batik sutera secara terbalik menggunakan penyangkut
- Elak daripada menjemur batik sutera secara terus di bawah sinaran cahaya matahari
3) Ketika menggosok
- Gosok batik sutera dengan suhu yang sederhana atau suhu yang dikhaskan untuk kain sutera
- Semburkan sedikit air sekiranya fabrik terlalu kering
- Seelok-eloknya gosok batik sutera sebelum ia betul-betul kering, kira-kira 80% kering atau lebih kurang 2 jam selepas fabrik dibasuh dan dijemur
4) Panduan penyimpanan
- Simpan batik sutera secara tergantung di penyangkut pakaian di dalam almari
- Melipat batik sutera adalah tidak digalakkan kerana ia akan merosakkan benang sutera
- Sekiranya perlu melipat batik sutera untuk travel, selepas sampai di destinasi digalakkan keluarkan dan terus sangkut batik sutera di penyangkut
Fuiyoo.. terlalu banyak step yang perlu diingat bukan?
Tips mudah dari saya: Basuh batik semasa mandi menggunakan sabun badan je secara terbalik (cth: sabun Johnsons ‘n’ Johnsons), tak payah guna pencuci khas. Gosok menggunakan tangan, tidak perlu menggunakan berus. Setelah selesai basuh, perah sedikit kain sekadar untuk bagi air turun dan kain tidak terlalu berat untuk dijemur. Kemudin terus jemur menggunakan penyangkut secara terbalik. Bila dah kering, renjis sedikit air bersih pada batik sutera, terus gosok kain batik dengan suhu yang sederhana. Kemudian gantung batik sutera di penyangkut di dalam almari. InsyaAllah batik sutera anda akan berada dalam keadaan elok walaupun sudah bertahun-tahun anda guna.
P/S: Untuk batik cotton, penjagaannya lebih mudah. Batik cotton boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Bagi menjaga warna dan ketahanannya seelok-eloknya dibasuh dan dijemur secara terbalik. Apa yang penting pada cucian pertama dan kedua, mestilah dibasuh dengan tangan dan diasingkan dari kain lain kerana kebiasaannya warna kain akan turun dan dikhuatiri terkena pada baju lain semasa cucian awal.