BATIK MALAYSIA
|
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu. Berikut adalah sejarah kraf batik;
2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu 1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan 1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926 1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia |